2011-06-19

Bahan Penjagaan Asas Kulit Muka

Bagi memelihara kesihatan dan kecantikan kulit, terdapat 3 rutin asas yang perlu dilakukan.
Rutin asas tersebut adalah:
(a)membersihkan
(b)menyegarkan
(c)melembapkan

(i)Pembersih
Tujuan menggunakan pembersih.
(a)Membersihkan kekotoran, sebum lama, sel-sel mati dan 
   bahan mekap daripada kulit.
(b)Mengekalkan kesihatan kulit.
(c)Merangsang peredaran darah, limfa, dan kelenjar.
(d)Mempercepat proses pengelupasan sel mati (desquamation) 
   dan pemulihan sel.

(ii)Penyegar
Tujuan menggunakan penyegar.
(a)Menyegarkan dan mengimbangkan pH kulit.
(b)Membantu menutup liang roma selepas dicuci.
(c)Merangsang kulit.
(d)Menghaluskan tekstur kulit.

(iii)Pelembap
Tujuan menggunakan pelembap.
(a)Membaik pulih acid mantle kulit.
(b)Mengimbangkan pH kulit.
(c)Mengekalkankelembapan kulit.
(d)Melembapkan dan melembutkan epidermis kulit.

No comments:

Post a Comment