2011-06-19

Rawatan Frekuensi Tinggi Terus

Bil Perkara Penerangan
 
1. Alat

(a) Bentuk Cendawan

(b) Bentuk Ladam

(c) Penggelak

(d) fulgurator

a)Elektrod kaca yang biasa digunaka你 untuk muka dan leher.

b)Elektrod kaca yang digunakan untuk leher dan badu.

c)Elektrod kaca yang digunakan untuk bahagian bidang leher, dada dan belakang badan.

d)Elektrod kaca yang digunakannn untuk melakukan sparking pada putul.

2. Prinsip rawatan -Apabila alat dipasang, arus frekuensi tinggi bertindak balas dengan oxygen yang berada di antara elekrod dan kulit untuk menghasilkan gas ozon (O3).

3. Kesan dan kebaikan -Membaiki peredaran darah yang menghasilkan haba pada tisu kulit.
-Membekalkan lebih banyak nutrien kepada tisu kulit.
-Menbantu perkumuhan bahan toksik.
-Menghasilkan eritema dan membaiki warna kulit.
-Menbantu pengelupasan sel mati dan menghaluskan kulit.
-Mengeringkan kulit dan membantu menyembuhkan pustul.
-Membersihkan kulit.
-Berkesan mengenyahkan kuman.

4. Indikasi -Kulit berminyak dan mempunyai kecelaan.
-Kulit berwarna kurang sihat seperti warna kuning pucat.
-Peredaran darah pada kulit kurang lancar(supaya dapat merangsang peredaran darah dan pembaharuan sel.)

5. Indikasi -Migrain/ sakit kepada.
-Gementar.
-Epilepsi.
-Halim.
-Penyakit kulit
-Pin atau plat logam dalam badan.
-Terlalu banyak gigi bertampal.
-Penyakit jantung.
-Tekanan darah terlalu tinggi atau terlalu rendah.
-Parut atau laku/ Lebam yang baru.
-Histeria.
-Bengkak dan radang kulit.
-Cedera akibat selaran matahari.

6. Bahan digunakann -Kain gauze kering.
-Bedak talkum.
-Krim oxygenating.

7. Tempoh rawatan -Kulit kering : 3-5 minit
-Kulit normal : 5-8 minit
-Kulit berminyak : 8-12 minit
-Kulit seborrhea : 10-15 minit
-Kulit kombinasi : 3-10 minit

8. Kekerapan keselamatan -Rawatan intensif:2 kali seminggu.
-Rawatan menjaga kesihatan kulit:1 kali dalam 3 minggu.

9. Langkah keselamatan -Kenal pasti indikasi kontra.
-Tanggalkan segela barang kemas terutamanya yang berlogam.
-Pastikan tangan jurusolek dan alat elektrik adalah kering.
-Pastikan pelanggan tidak menyentuh barang logam.
-Apabila membuat sparking, jarak di antara elektrod kaca dan kulit tidak boleh melebihi 6 mm.
-Elektrod kaca sentiasa berada pada kulit muka semasa arus dialirkan.
-Kekuatan arus dan tempoh rawatan mestilah sesuai.
-Tangan jurusolek yang tidak meme gang elekrod tidak boleh menyentuh kulit pelanggan semasa rawatan dijalankan.

Langkah kerja

1. Tutup mata pelanggan dengan pada mata yang kering.
2. Bubuh dan ratakan krim oxygenating dan lapikkan gauze yang kering pada muka.
3. Pilih dan pasangkann elektrod kaca. Pastikan pelaras frekuensi adalah pada tanda kosong.
4. Letakkan jari telunjuk pada elektrod kaca dan pasang suis.
5. Letakkan elektrod kaca pada muka dan lepaskan jari telunjuk.
6. Pilih kekuatan arus yang sesuai berasaskan maklum balas daripada pelanggan.
7. Lakukan gerakan bulatan pada muka mengikut tempoh yang sesuai.
8. Jika perlu, lakukan spaking pada pustul dengan menggunakan fulgurator. Pastikan jarak di antara elektrod kaca dengan kulit tidak melebihi 6 mm apabila sparking dilakukan.
9.letakkan jari telunjuk semula pada elektrod kaca dan angkat elekrod dari muka.
10. Pusingkan pelaras pada tanda kosong dan tutup suis. Keluarkan elektrod kaca dari pemegang elektrod.
11. Bersihkan muka dengan span fasial.
12. Bubuh dan ratakan medium urut. Urut muka dan leher.
13. Bersihkan muka dengan air suam.
14. Petap muka dengan tisu fasial.
15. Pilih dan sediakan pupur tanah liat atau biologikal yang sesuai.
16. Tutup mata pelanggan dengan pada muka.
17. Bubuh dan ratakan pupur pada muka dan leher dengan teknik yang betul.
18. Biarkan pupur mengikut tempoh yang sesuai.
19. Bersihkan muka dengan teliti.
20. Bubuh penyegar dan pelembap yang sesuai.

No comments:

Post a Comment